Followers

Friday, 4 April 2014

Wedding kek

Kek fondant pertunanggan

Pada 23.3.2014 yang lalu kak bib dapat tempahan 2 biji kek fondant tema pink dan biru . Pelangan nak kek butter kosong satu perisa markisa dan satu lagi peris vanila. Seronok jugalah, ini kali yang ke dua kak bib dapat tempahan untuk kek sedemikian. Kak bib ni tak pandai nak buat pemasaran lah....macam mana ye nak ketengahkan bakat ni....setakat buat cup kek fondant tu memang dah selalu buat. Nak buat untuk anak buah...belum ada yang nak kawin lagi....anak sendiri he...bulan december ni baru nak langsungkan perkahwinannya....lambat lagi.

Hem...kek buttercream juga dah buat,.itu pun kek untuk rakan2 anak kak bib yang bekerja di Pakson Melaka....walaubagaimanapun kak bib bersyukur ada juga orang beri kepercayaan kepada bakat kat bib ni.

Wedding kek buttercream

Kak bib pada minggu ni cuma dapat order 1 kek je untuk wedding. Yang selebihnya untuk  bawa ke asrama anak2. Walaumacam mana pun kak bib tetap bersyukur......alhamdulilah.

Saturday, 29 March 2014

Kek fondant pertunanggan

Pada 23.3.2014 yang lalu kak bib dapat tempahan 2 biji kek fondant tema pink dan biru . Pelangan nak kek butter kosong satu perisa markisa dan satu lagi peris vanila. Seronok jugalah, ini kali yang ke dua kak bib dapat tempahan untuk kek sedemikian. Kak bib ni tak pandai nak buat pemasaran lah....macam mana ye nak ketengahkan bakat ni....setakat buat cup kek fondant tu memang dah selalu buat. Nak buat untuk anak buah...belum ada yang nak kawin lagi....anak sendiri he...bulan december ni baru nak langsungkan perkahwinannya....lambat lagi.

Hem...kek buttercream juga dah buat,.itu pun kek untuk rakan2 anak kak bib yang bekerja di Pakson Melaka....walaubagaimanapun kak bib bersyukur ada juga orang beri kepercayaan kepada bakat kat bib ni.

Saturday, 30 November 2013

Wedding kek

Kek ni untuk rakan sekerja anak kak bib. Pengganting minta sponge kek, susah hati juga kak bib sebab biasanya kak bib buat kek buah or butter untuk wedding kek. Maklumlah kalau  bunga fondant kenalah kek yang foundation nya solid sikit. 3rd trial bagi kak bib ni guna buttercream untuk kek cover dan bunga2 guna sugarpaste.

Saturday, 15 June 2013

Chontoh kek dari fb kawan2

Kak bib dah mula dapat tempahan dari  kawan2.
Masih belum ada gamvar2 koleksi lagi untuk di tunjukan dalam blog kak bib ni. In shah allah kak bib akan upload nanti bila ada kek yang kak bib buat sendiri untuk tatapan.

Kalau kek fondan biasanya kak bib buat kek tu berat 1 1/2 kilo besar 9 in x 3 in
Kek buah Rm300.00
Kek butter rm 250.00
Kalau 2 tingkat x 2 lah.

Kalau request bunga lebat maka harganya pun bertambah lagi.

Kek chees dan cover kek tu pun chees  9 x 3 in rm 450.00 + bunga sugarpaste.

Monday, 3 June 2013

Sakit gastrik

Asalamualaikum, dah lama juga kak bib tak bercerita , kali ni kak bib nak cerita tentang mak kak bib. Yang buat kak bib tak sempat nak bercerita adalah disebabkan mak kak bib juga. Mak kak bib dah demam masuk satu bulan setengah. Akibat demam tu selera makan tak ada....dilayankan sangat selera tak nak makan tu...hem apalagi penyakit gastrik pun melandalah. Terbaring juga mak kak bib untuk beberapa hari, bawa ke klinik sampai habis ubat tapi penyakit tak juga baik2. Ni yang kak bib sangat marah dengan mak kak bib ni...cakap kuat sikit dia kata kak bib anak derhaka. Apatak nya nasihat kak bib langsung tak nak pakai.

Perkara yang kita larang:
1. Makan pedas,
2. Hisap rokok,
3. Pergi reban ayam,
4. Pergi kebun kat belakang rumah ni,
5. Angkat benda berat2 macam pasu bunga, cili dan lain2,
6. Kalau tetamu datang tak payah nak berhidang kita orang boleh buat.
7. Mob2 lantai,
8. Masak2 untuk angah ke, wawa ke, nor ke, mereka boleh masak sendiri.
10. Dan lain kerja rumah

Perkara yang di suruh tak nak buat:
1. Minum susu suam
2. Makan nestum 3 ini 1, nestum original,
3. Makan bubur nasi,
4. Lauk rebus2 je makan,
5. Makan buah betik,
6. Minum air gamat,
7. Makan kentang putar,
8. Baring je rehat2 tengok tv,
9. Kena makan selalu2 kalau boleh every 1 hr makanlah apa2 yang ada asalkan jangan pedas atau minum susu biar perut tu berisi.

Dan macam2 lagi yang sepatutnya orang sakit perlu buat tak nak buat ashik membebel kata kalau dia tak buat siapa lagi yang akan buat.

Kak bib kesian tengok mak kak bib tu, badan dah kurus sangat2 tulang pun dah timbul dan dah tak ada isi. Kuasa marah2 tu tetap ada dan kata kak bib macam2. Kak bib buat tak tahu je, bila tiba waktu untuk panaskan susu atau siapkan makan mak kak bib tu...kak bib buat je kalau dia tak nak makan tak mengapa. Kak bib kumpulkan dalam baldi dan petang nanti kak bib bagi ayam makan.

Kak bib tahu apa yang ada dalam hati mak kak bib tu. Yang sebenarnya dia rindu kat abang kak bib. Kak bib ada talipon kata mak sakit...hem dia datang dengan anak bujang dia tapi sekejap je.  Mak kak bib pun satu hal bila tengok abang datang dia buat macam biasa macam orang tak sakit. Masak itu dan ini, bila kak bib cakap dengan abang mak sakit abang kak bib pandang kak bib satu macam.

Bila abang dah balik, apalagi tergolek semula kat atas katil, sakit perut dan menggigil badan dia. Kak bib nak buat macam mana ajak pergi doktor mak kak bib tak nak. Alasan dia duit habis tapi penyakit tak baik pun.

Hari ini nampak mak kak bib tu sihat sikit, lepas kak bib beri dia minum kopi radix dan setengah jam lepas tu dia pergi buang air besar dan kentut pun dah lawas. Senang dan lega sikit hati kak bib, dan nampak macam mak kak bib pegang al Quran. Memang mak kak bib tu macam tu kalau dia sihat mesti baca al quran berlagu2 lagi. Seronok tengok mak macam tu hari ini.

Hem...bubur nasi campur ikan dah masak, sayur pun dah goreng kak bib tinggal masak bawal masak sweet sour je lagi untuk Ati dan Nor.

Ok nanti kak bib tulis lagi, asalamualaikum.