Followers

Tuesday, 14 May 2013

Kueh deram kueh lama

Hari sabtu yang lepas kak bib join rakan kampong ke kelas buat kueh traditional, kueh deram atau dulu lebih dikenali dengan nama kueh cuping keling. Selalu juga kak bib beli dipasar malam serkam pantai kakak tu jual 10 biji kecil2 dalam harga rm1.00 kira mahal juga lah tapi suka punya pasal kak bib beli sampai rm5.00 emm...kejap je habis, belum sampai rumah kueh tu dah habis.

Di bawah ni kak bib sertakan resepi untuk dicuba.

I kampit tepong beras cap gajah
1/2kg gula melaka, gula tebu
1 1/4 air
Tepong gandom stanby kalau tepong terlembik masukan sedikit
Cara
Masak air dan gula merah hingga gula larut
Bila dah masak tapis dan simpan sedikit air gula dan yang lain di masak semula.
Dengan api yang pelahan masukan tepong dan kacau hingga sebati. Padamkan api dan kacau lagi kalau tepong tu keras masukan air gula yang sedikit tadi. Dan kalau tepong tu cair masukan tepong gandom sedikit2.
Bekas kita mesti bubuh minyak dalam 2 sudu baru tepong tadi dimasukan dalam bekas. Dan dah boleh di goreng ikut paten suka hati kita. Semasa kita nak terap kueh tu lagi baik kita gunakan pinggan poliysterin sebab kita nak terap tepong tu mesti kita letak minyak sikit. So minyak tu tak tumpah meleleh2 diatas meja tempat kita memerap tepong tadi, Minyak mengoreng mesti panas.

Cuba lah buat, kalau takut tak menjadi cuba buat 1/2 of the resepi.
Lagipun belanja nak buat kueh ini tak mahal pun.

Tempat kami jalankan activiti buat masa sekarang ini memang serba kekurangan. Tetapi disebabkan masing2 penduduk kampong kami ada perasaan untuk bertemu sekurang kurangnya sekali dalam sebulan kami bawa barang sendiri. Ada yang bawa minuman dan makanan, bawa dapor, bawa gas dan kami kutip rm3.00 untuk beli bahan2 masakan. Best kan dapat berkumpul macam ni, macam kak bib bila dah pencen ni tak keluar dari rumah sangat so sebulan sekali keluar belajar sambil jumpa kawan2. Terasa seronok sangat.

Em..dah jauh malam ni, kak bib nak pergi tidor dan sebelum tu nak bersahur dulu. Asalamualaikum.

Wednesday, 8 May 2013

Lipatan telekong

Disebabkab minat sangat2 nak buat kek untuk pengantin tak kesampaiyan lagi..so kak bib buat lipatan kain telekong macam kek. Harap mak pengantin tak kisah sangat sebab beliau minta kak bib lipat biasa je dan bubuhlah bungan sikit katanya.

Em...jadi sekarang ni kak bib dah selesaikan kerja2 buat barang hantaran anak kawan. Nak buat apa ye lepas ni?

Kak bib ingat nak buat bunga telor untuk anak kak bib yang dijanka akan dilangsungkan tahun depan. Tema tak tahu lagi jadi kak bib nak kena tanya anak kak bib terlebih dahulu.

Kalau nak ikutkan ada banyak pilihan dalam pasaran tapi mahal2. Kalau kita buat sendiri rasanya murahlah sikit. Em..kak bib pun dah pencen dan ada banyak masa so why not buat je pelahan2.

Op jam dah pukul 1.26 pagi. Kak bib berhenti disini dulu.