Kek ni untuk rakan sekerja anak kak bib. Pengganting minta sponge kek, susah hati juga kak bib sebab biasanya kak bib buat kek buah or butter untuk wedding kek. Maklumlah kalau bunga fondant kenalah kek yang foundation nya solid sikit. 3rd trial bagi kak bib ni guna buttercream untuk kek cover dan bunga2 guna sugarpaste.
Saturday, 30 November 2013
Saturday, 15 June 2013
Chontoh kek dari fb kawan2
Kak bib dah mula dapat tempahan dari kawan2.
Masih belum ada gamvar2 koleksi lagi untuk di tunjukan dalam blog kak bib ni. In shah allah kak bib akan upload nanti bila ada kek yang kak bib buat sendiri untuk tatapan.
Kalau kek fondan biasanya kak bib buat kek tu berat 1 1/2 kilo besar 9 in x 3 in
Kek buah Rm300.00
Kek butter rm 250.00
Kalau 2 tingkat x 2 lah.
Kalau request bunga lebat maka harganya pun bertambah lagi.
Kek chees dan cover kek tu pun chees 9 x 3 in rm 450.00 + bunga sugarpaste.
Monday, 3 June 2013
Sakit gastrik
Asalamualaikum, dah lama juga kak bib tak bercerita , kali ni kak bib nak cerita tentang mak kak bib. Yang buat kak bib tak sempat nak bercerita adalah disebabkan mak kak bib juga. Mak kak bib dah demam masuk satu bulan setengah. Akibat demam tu selera makan tak ada....dilayankan sangat selera tak nak makan tu...hem apalagi penyakit gastrik pun melandalah. Terbaring juga mak kak bib untuk beberapa hari, bawa ke klinik sampai habis ubat tapi penyakit tak juga baik2. Ni yang kak bib sangat marah dengan mak kak bib ni...cakap kuat sikit dia kata kak bib anak derhaka. Apatak nya nasihat kak bib langsung tak nak pakai.
Perkara yang kita larang:
1. Makan pedas,
2. Hisap rokok,
3. Pergi reban ayam,
4. Pergi kebun kat belakang rumah ni,
5. Angkat benda berat2 macam pasu bunga, cili dan lain2,
6. Kalau tetamu datang tak payah nak berhidang kita orang boleh buat.
7. Mob2 lantai,
8. Masak2 untuk angah ke, wawa ke, nor ke, mereka boleh masak sendiri.
10. Dan lain kerja rumah
Perkara yang di suruh tak nak buat:
1. Minum susu suam
2. Makan nestum 3 ini 1, nestum original,
3. Makan bubur nasi,
4. Lauk rebus2 je makan,
5. Makan buah betik,
6. Minum air gamat,
7. Makan kentang putar,
8. Baring je rehat2 tengok tv,
9. Kena makan selalu2 kalau boleh every 1 hr makanlah apa2 yang ada asalkan jangan pedas atau minum susu biar perut tu berisi.
Dan macam2 lagi yang sepatutnya orang sakit perlu buat tak nak buat ashik membebel kata kalau dia tak buat siapa lagi yang akan buat.
Kak bib kesian tengok mak kak bib tu, badan dah kurus sangat2 tulang pun dah timbul dan dah tak ada isi. Kuasa marah2 tu tetap ada dan kata kak bib macam2. Kak bib buat tak tahu je, bila tiba waktu untuk panaskan susu atau siapkan makan mak kak bib tu...kak bib buat je kalau dia tak nak makan tak mengapa. Kak bib kumpulkan dalam baldi dan petang nanti kak bib bagi ayam makan.
Kak bib tahu apa yang ada dalam hati mak kak bib tu. Yang sebenarnya dia rindu kat abang kak bib. Kak bib ada talipon kata mak sakit...hem dia datang dengan anak bujang dia tapi sekejap je. Mak kak bib pun satu hal bila tengok abang datang dia buat macam biasa macam orang tak sakit. Masak itu dan ini, bila kak bib cakap dengan abang mak sakit abang kak bib pandang kak bib satu macam.
Bila abang dah balik, apalagi tergolek semula kat atas katil, sakit perut dan menggigil badan dia. Kak bib nak buat macam mana ajak pergi doktor mak kak bib tak nak. Alasan dia duit habis tapi penyakit tak baik pun.
Hari ini nampak mak kak bib tu sihat sikit, lepas kak bib beri dia minum kopi radix dan setengah jam lepas tu dia pergi buang air besar dan kentut pun dah lawas. Senang dan lega sikit hati kak bib, dan nampak macam mak kak bib pegang al Quran. Memang mak kak bib tu macam tu kalau dia sihat mesti baca al quran berlagu2 lagi. Seronok tengok mak macam tu hari ini.
Hem...bubur nasi campur ikan dah masak, sayur pun dah goreng kak bib tinggal masak bawal masak sweet sour je lagi untuk Ati dan Nor.
Ok nanti kak bib tulis lagi, asalamualaikum.
Tuesday, 14 May 2013
Kueh deram kueh lama
Hari sabtu yang lepas kak bib join rakan kampong ke kelas buat kueh traditional, kueh deram atau dulu lebih dikenali dengan nama kueh cuping keling. Selalu juga kak bib beli dipasar malam serkam pantai kakak tu jual 10 biji kecil2 dalam harga rm1.00 kira mahal juga lah tapi suka punya pasal kak bib beli sampai rm5.00 emm...kejap je habis, belum sampai rumah kueh tu dah habis.
Di bawah ni kak bib sertakan resepi untuk dicuba.
I kampit tepong beras cap gajah
1/2kg gula melaka, gula tebu
1 1/4 air
Tepong gandom stanby kalau tepong terlembik masukan sedikit
Cara
Masak air dan gula merah hingga gula larut
Bila dah masak tapis dan simpan sedikit air gula dan yang lain di masak semula.
Dengan api yang pelahan masukan tepong dan kacau hingga sebati. Padamkan api dan kacau lagi kalau tepong tu keras masukan air gula yang sedikit tadi. Dan kalau tepong tu cair masukan tepong gandom sedikit2.
Bekas kita mesti bubuh minyak dalam 2 sudu baru tepong tadi dimasukan dalam bekas. Dan dah boleh di goreng ikut paten suka hati kita. Semasa kita nak terap kueh tu lagi baik kita gunakan pinggan poliysterin sebab kita nak terap tepong tu mesti kita letak minyak sikit. So minyak tu tak tumpah meleleh2 diatas meja tempat kita memerap tepong tadi, Minyak mengoreng mesti panas.
Cuba lah buat, kalau takut tak menjadi cuba buat 1/2 of the resepi.
Lagipun belanja nak buat kueh ini tak mahal pun.
Tempat kami jalankan activiti buat masa sekarang ini memang serba kekurangan. Tetapi disebabkan masing2 penduduk kampong kami ada perasaan untuk bertemu sekurang kurangnya sekali dalam sebulan kami bawa barang sendiri. Ada yang bawa minuman dan makanan, bawa dapor, bawa gas dan kami kutip rm3.00 untuk beli bahan2 masakan. Best kan dapat berkumpul macam ni, macam kak bib bila dah pencen ni tak keluar dari rumah sangat so sebulan sekali keluar belajar sambil jumpa kawan2. Terasa seronok sangat.
Em..dah jauh malam ni, kak bib nak pergi tidor dan sebelum tu nak bersahur dulu. Asalamualaikum.
Wednesday, 8 May 2013
Lipatan telekong
Disebabkab minat sangat2 nak buat kek untuk pengantin tak kesampaiyan lagi..so kak bib buat lipatan kain telekong macam kek. Harap mak pengantin tak kisah sangat sebab beliau minta kak bib lipat biasa je dan bubuhlah bungan sikit katanya.
Em...jadi sekarang ni kak bib dah selesaikan kerja2 buat barang hantaran anak kawan. Nak buat apa ye lepas ni?
Kak bib ingat nak buat bunga telor untuk anak kak bib yang dijanka akan dilangsungkan tahun depan. Tema tak tahu lagi jadi kak bib nak kena tanya anak kak bib terlebih dahulu.
Kalau nak ikutkan ada banyak pilihan dalam pasaran tapi mahal2. Kalau kita buat sendiri rasanya murahlah sikit. Em..kak bib pun dah pencen dan ada banyak masa so why not buat je pelahan2.
Op jam dah pukul 1.26 pagi. Kak bib berhenti disini dulu.
Friday, 26 April 2013
Kek Perkawinan
Kak bib ada cita2 nak buat kek dua atau tiga tingkat. Nan tunggu orang order masih belum ada lagi. Macam mana ye..nak display kek tu kak bib belum ada tempat yang sesuai. Nak tunggu anak sendiri kawin hemmm belum ada pulak tu. Ah! Anak buah pulak sama je belum ada bunyi nak kawin lagi.
Geram betul tengok contoh kek fondan dari laman fb kawan2. Kawan2 yang ada anak nak kawin pun tak minta kak bib buatkan. Ada tu kak bib nak sponser pun mereka kata tak nak, tak sporting betul.
Ada idea tak nak buat macam mana?
Kek harijadi
Pagi tadi kak bib dapat call dari kawan along...minta buatkan kek harijadi untuk suaminya. Kek itu akan diambil semasa orang lelaki pergi sembahyang jumaat....ah cute betul mereka anak beranak ni, buat kejutan untuk ketua keluarga yang tersayang.
Apa2 pun kak bib ucapkan terima kasih kerana memberikan kepercayaan pada kak bib dalam " " kebahgian dan kegembiraan mereka hari ini.
Wednesday, 24 April 2013
KEK HARI JADI KETUA PUSAT AIM MUHIBAH CERMELANG SERKAM
Kak bib dapat call dari Puan Rani jam 6.30 ptg tadi, minta buatkan kek hari jadi kawan dia yang jadi ketua pusat AIM Serkam. Nasib baiklah bahan buat kek sponge ada lagi. Kalau dia nak kek choc indulgence, red velvet ke...ha berposak pulaklah nak pergi melaka untuk beli bahan2nya.
Jadi inilah hasilnya.....harga RM30.00 untuk 1 kilo. Sponge kek ni kak bib buat 3 lapis dan kak bib layerkan dengan perisa buah markisa.
Besok pulak kak bib memang sibuk, ada tempahan kek butterscoth, choc indulgence, cup kek dan kak bib nak buat cup kek untuk jualan pada hari bersama pelangan diKlebang, Melaka.
Alhamdulilah, syukur dapat kak bib tambah sikit wang untuk belanja2 harian dan duit dapor.
Ok, besok kak bib sambong lagi.
Kek hari jadi mak yut
Kek bib buat kek ni malam tadi, sponge kek perisa vanila, pagi-pagi selepas suboh baru kak bib buat fillingnya...pukul wipping cream toping dan masukan buttersctoch yang kak bib but semalam. Diatara lapisan sponge dengan cream buttersctoch tu kak bib taburkan kekacang peaken.
Kek ni sedap dimakan bila sejuk...dalam ertikata yang lain mesti simpan dalam peti ice.
Kak bib jual dengan harga RM80.00 untuk 1 kilo.
Sunday, 21 April 2013
Ke Metrikulasi Londang
Hari ni hari ahad, dah janji dengan anak bungsu kak bib nak pergi tengok dia . Hari isnin ni final exam so kak bib pergilah bawa cucu kak bib Safiras dan Sahim ditemani oleh anak kak bib Aqilah untuk beri sokongan moral.
Balik dari Londang dan sampai dirumah jam 4.30.....lepas sahaja sembahyang asar kak bib pun uli sugarpaste untuk buat orkid warna kuning pulak. Disebabkan cuaca sejuk agak lambat juga paste tu kering. Dalam pukul 10.45 baru selesai cantum dan gubah jadi bunga.
Inilah hasil nya.....dan bila kering besok kak bib ingat nak bubuh glitering sikit biar nampak lagi menyerlah.
Saturday, 20 April 2013
Cuaca panas
Dengan keadaan cuaca yang panas ni, cucu kak bib tak nak sangat tidor.....1/2 jam je dia tidor...lepas tu merengek minta didukong dan jalan2 kat luar . Bila dah jalan dilaman dia merengek lagi nak masuk dalam rumah. Ha...rosak programe kak bib nak buat bunga sugarpaste tu. Dalam masa sibuk dengan cucu dapat juga kak bib curi2 masa untuk buat bunga orkid.
Kalau nak seruba daya kalau tak nak seribu dalih...yes!
Tuesday, 16 April 2013
Aktiviti hari ini tengok youtube buat orkid
Cuaca panas hari ini dari pagi hingga ke petang, cucu kak bib Syahim ashik menangis je dan tak nak duduk main2 dalam bakul mainanya. Jadi kak bib dapat buat tiga bunga orkid saja dan tak sempat nak bubuh warna lagi......dok ashik dukong je si Syahim tu. Selain dari itu dapat juga buat jambangan kecil bunga lily yang anak kak bib buat.
Nanti kalau ada masa nak buat bunga kecil2 untuk melebatkan lagi hiasan bunga lily tu.
Melawat Mak Saudara dan sepupu di Rembau
Pagi tadi kak bib tak ada tempahan untuk di buat, jadi nak hiburkan hati mak kak bib, jadi kak bib pun ajak mak pergi ke Rembau. Rumah adik mak kak bib, ustazah Hjh Zainon binti Hj Salleh just belakang pejabat Daerah Rembau.
Mak kak bib pun berbual2 dgn adik dia dan maklumlah dah lama tak jumpa.
Kak bib pula apalagi tipon sepupu yang ada banyak pengalaman buat fondan dan ada kedai kek tu. So..apa lagi bincang2 punya bincang sepupu kak bib pun minta kak bib supplykan dia bunga2 sugarpaste.
So sepupu kak bib pun bagi contoh kotak dan alas bunga yang diperlukan.
Selain dari itu sepupu kak bib bagi kak bib cutter untuk bunga2 dan dust colouring.
Alahamdulilah ada juga sepupu yang nak beri sokongan dengan product kak bib. Syukur kepada Allah yang membukakan hati sepupu kak bib untuk membuat tempahan bunga2 tersebut.
Ok kalau ada kesempatan dan bunga2 baru dah siap kak bib akan displaykan lagi.
Salam dari kakbib.
Kek fondan untuk majlis perkawinan di Taman Pitis Merlimau.
Percubaan yang pertama kak bib yang sebenarnya. Idea tu ada tapi finishing touch ada nampak kasar sedikit. Hati ini berkobar2 nak pergi kekedai peralatan kek....nak beli perkakas tambahan buat desing baru agar kek yang akan datang nampak lagi cantik dan clasik.
Thursday, 11 April 2013
Hari ni dapat buat bunga ala2 bunga raya ....tu pun lepas asar tadi. Cuaca panas sangat tak boleh nak uli sangat sugarpaste tu...cepat kering. Gamaknya masa yang sesuai adalah selepas subuh...sejuk aman dan damai.
Besok rasanya tak ada masa nak buat...jadual kerja harian penoh. Lagipun qilah nak pergi Mersing so kena jaga cucu dan hantar yuyu dan firas ke sekolah sorang2.
Oh ye kalau nak tempah bunga ni boleh lah buat dari sekarang...
Wednesday, 10 April 2013
..::bunga dari sugar paste::..
Assalamualaikum sume..
Kali nie nk cite pasal bunga sugar paste..
Actually,dh lama dh bercita-cita nk blaja wat bunga dr sugar paste nie..
Benda yg paling penting utk wat bunga sugar paste nie adalah utk wat sugar paste tue sndr..
Almaklumlah,kalo ikut buku nie memanjang jer x jadi nye..
Kene tgk dpn mata PLUS ada guru yg mengjar baru lah menjadi sugar paste tue nnti..
Bwh nie ada lah beberapa kuntum bunga yg budak baru belajar nie buat..
Sesungguhnya hasil tgn nie masih nmpk kasar..
Tp xper sbb practice makes perfect..
Jadi kene gandakan usaha dlm melembutkan tangan nie..hihihi
p/s : pd sape2 yg berminat nk tempah kek pastu letak bunga nie bleh lah pm kami yer..insyaAllah kami akan tunaikan permintaan anda itu..
Till then..
Bye
Thursday, 28 March 2013
..::Upin Ipin::..
Assalamualaikum sume!!
Ahamdulillah, rezeki utk kali nie..
Nie tempahan utk sambutan hari jadi..
Request nk letak gmbr upin dan ipin..
Pd sape2 yg berminat nk tempah utk apa juga event bleh lah tempah kek kat kami..
Till then~ ♥♥