Hari ni hari ahad, dah janji dengan anak bungsu kak bib nak pergi tengok dia . Hari isnin ni final exam so kak bib pergilah bawa cucu kak bib Safiras dan Sahim ditemani oleh anak kak bib Aqilah untuk beri sokongan moral.
Balik dari Londang dan sampai dirumah jam 4.30.....lepas sahaja sembahyang asar kak bib pun uli sugarpaste untuk buat orkid warna kuning pulak. Disebabkan cuaca sejuk agak lambat juga paste tu kering. Dalam pukul 10.45 baru selesai cantum dan gubah jadi bunga.
Inilah hasil nya.....dan bila kering besok kak bib ingat nak bubuh glitering sikit biar nampak lagi menyerlah.
Sunday, 21 April 2013
Ke Metrikulasi Londang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment