Followers

Friday, 26 April 2013

Kek Perkawinan

Kak bib ada cita2 nak buat kek dua atau tiga tingkat. Nan tunggu orang order masih belum ada lagi. Macam mana ye..nak display kek tu kak bib belum ada tempat yang sesuai. Nak tunggu anak sendiri kawin hemmm belum ada pulak tu. Ah! Anak buah pulak sama je belum ada bunyi nak kawin lagi.

Geram betul tengok contoh kek fondan dari laman fb kawan2. Kawan2 yang ada anak nak kawin pun tak minta kak bib buatkan. Ada tu kak bib nak sponser pun mereka kata tak nak, tak sporting betul.

Ada idea tak nak buat macam mana?

Kek harijadi

Pagi tadi kak bib dapat call dari kawan along...minta buatkan kek harijadi untuk suaminya. Kek itu akan diambil semasa orang lelaki pergi sembahyang jumaat....ah cute betul mereka anak beranak ni, buat kejutan untuk ketua keluarga yang tersayang.

Apa2 pun kak bib ucapkan terima kasih kerana memberikan kepercayaan pada kak bib dalam " " kebahgian dan kegembiraan mereka hari ini.

Wednesday, 24 April 2013

KEK HARI JADI KETUA PUSAT AIM MUHIBAH CERMELANG SERKAM

Kak bib dapat call dari Puan Rani jam 6.30 ptg tadi, minta buatkan kek hari jadi kawan dia yang jadi ketua pusat AIM Serkam. Nasib baiklah bahan buat kek sponge ada lagi. Kalau dia nak kek choc indulgence, red velvet ke...ha berposak pulaklah nak pergi melaka untuk beli bahan2nya.

Jadi inilah hasilnya.....harga RM30.00 untuk 1 kilo. Sponge kek ni kak bib buat 3 lapis dan kak bib layerkan dengan perisa buah markisa.

Besok pulak kak bib memang sibuk, ada tempahan kek butterscoth, choc indulgence, cup kek dan kak bib nak buat cup kek untuk jualan pada hari bersama pelangan diKlebang, Melaka.

Alhamdulilah, syukur dapat kak bib tambah sikit wang untuk belanja2 harian dan duit dapor.

Ok, besok kak bib sambong lagi.

Kek hari jadi mak yut

Kek bib buat kek ni malam tadi, sponge kek perisa vanila, pagi-pagi selepas suboh baru kak bib buat fillingnya...pukul wipping cream toping dan masukan buttersctoch yang kak bib but semalam. Diatara lapisan sponge dengan cream buttersctoch tu kak bib taburkan kekacang peaken.

Kek ni sedap dimakan bila sejuk...dalam ertikata yang lain  mesti simpan dalam peti ice.

Kak bib jual dengan harga RM80.00 untuk 1 kilo.

Sunday, 21 April 2013

Ke Metrikulasi Londang

Hari ni hari ahad, dah janji dengan anak bungsu kak bib nak pergi tengok dia . Hari isnin ni final exam so kak bib pergilah bawa cucu kak bib Safiras dan Sahim ditemani oleh anak kak bib Aqilah untuk beri sokongan moral.
Balik dari Londang dan sampai dirumah jam 4.30.....lepas sahaja sembahyang asar kak bib pun uli sugarpaste untuk buat orkid warna kuning pulak. Disebabkan cuaca sejuk agak lambat juga paste tu kering. Dalam pukul 10.45 baru selesai cantum dan gubah jadi bunga.
Inilah hasil nya.....dan bila kering besok kak bib ingat nak bubuh glitering sikit biar nampak lagi menyerlah.

Saturday, 20 April 2013

Cuaca panas

Dengan keadaan cuaca yang panas ni, cucu kak  bib tak nak sangat tidor.....1/2 jam je dia tidor...lepas tu merengek minta didukong dan jalan2 kat luar . Bila dah jalan dilaman dia merengek lagi nak masuk dalam rumah. Ha...rosak programe kak bib nak buat bunga sugarpaste tu. Dalam masa sibuk dengan cucu dapat juga kak bib curi2 masa untuk buat bunga orkid.
Kalau nak seruba daya kalau tak nak seribu dalih...yes!

Tuesday, 16 April 2013

Aktiviti hari ini tengok youtube buat orkid

Cuaca panas hari ini dari pagi hingga ke petang, cucu kak bib Syahim ashik menangis je dan tak nak duduk main2 dalam bakul mainanya. Jadi kak bib dapat buat tiga bunga orkid saja dan tak sempat nak bubuh warna lagi......dok ashik dukong je si Syahim tu. Selain dari itu dapat juga buat jambangan kecil bunga lily yang anak kak bib buat.

Nanti kalau ada masa nak buat bunga kecil2 untuk melebatkan lagi hiasan bunga lily tu.

Melawat Mak Saudara dan sepupu di Rembau

Pagi tadi kak bib tak ada tempahan untuk di buat, jadi nak hiburkan hati mak kak bib, jadi kak bib pun ajak mak pergi ke Rembau. Rumah adik mak kak bib, ustazah Hjh Zainon binti Hj Salleh just belakang pejabat Daerah Rembau.
Mak kak bib pun berbual2 dgn adik dia dan maklumlah dah lama tak jumpa.
Kak bib pula apalagi tipon sepupu yang ada banyak pengalaman buat fondan dan ada kedai kek tu. So..apa lagi bincang2 punya bincang sepupu kak bib pun minta kak bib supplykan dia bunga2 sugarpaste.
So sepupu kak bib pun bagi contoh kotak dan alas bunga yang diperlukan.
Selain dari itu sepupu kak bib bagi kak bib cutter untuk bunga2 dan dust colouring.
Alahamdulilah ada juga sepupu yang nak beri sokongan dengan product kak bib. Syukur kepada Allah yang membukakan hati sepupu kak bib untuk membuat tempahan bunga2 tersebut.
Ok kalau ada kesempatan dan bunga2 baru dah siap kak bib akan displaykan lagi.
Salam dari kakbib.

Kek fondan untuk majlis perkawinan di Taman Pitis Merlimau.

Percubaan yang pertama kak bib yang sebenarnya. Idea tu ada tapi finishing touch ada nampak kasar sedikit. Hati ini berkobar2 nak pergi kekedai peralatan kek....nak beli perkakas tambahan buat desing baru agar kek yang akan datang nampak lagi cantik dan clasik.

Thursday, 11 April 2013

Hari ni dapat buat bunga ala2 bunga raya ....tu pun lepas asar tadi. Cuaca panas sangat tak boleh nak uli sangat sugarpaste tu...cepat kering. Gamaknya masa yang sesuai adalah selepas subuh...sejuk aman dan damai.

Besok rasanya tak ada masa nak buat...jadual kerja harian penoh. Lagipun qilah nak pergi Mersing so kena jaga cucu dan hantar yuyu dan firas ke sekolah sorang2.

Oh ye kalau nak tempah bunga ni boleh lah buat dari sekarang...

Wednesday, 10 April 2013

..::bunga dari sugar paste::..

Assalamualaikum sume..

Kali nie nk cite pasal bunga sugar paste..
Actually,dh lama dh bercita-cita nk blaja wat bunga dr sugar paste nie..
Benda yg paling penting utk wat bunga sugar paste nie adalah utk wat sugar paste tue sndr..
Almaklumlah,kalo ikut buku nie memanjang jer x jadi nye..
Kene tgk dpn mata PLUS ada guru yg mengjar baru lah menjadi sugar paste tue nnti..
Bwh nie ada lah beberapa kuntum bunga yg budak baru belajar nie buat..
Sesungguhnya hasil tgn nie masih nmpk kasar..
Tp xper sbb practice makes perfect..
Jadi kene gandakan usaha dlm melembutkan tangan nie..hihihi

p/s : pd sape2 yg berminat nk tempah kek pastu letak bunga nie bleh lah pm kami yer..insyaAllah kami akan tunaikan permintaan anda itu..

Till then..
Bye